NEW YORK, 13 Jan – Buka Peluang……. Amazon merupakan Peruncit dalam talian terbesar di dunia, merancang untuk mengambil 100,000 pekerja tetap dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan pengembangan berskala besar yang dilaksanakan syarikat itu, iaitu berbeza dengan tindakan beberapa syarikat e-dagang lain yang mula mengurangkan pekerja masing-masing.
Pelan pengambilan pekerja baharu itu, dijangka mengukuhkan lagi pusat jualan Amazon di Texas dan California, selain meningkatkan keupayaan penghantaran serta khidmat pembayaran laman web Amazon.
Ia juga sejajar dengan pelan pengambilan pekerja yang dilaksanakan oleh Amazon. Hingga September lalu, Amazon mempunyai 306,800 pekerja tetap dan sambilan di seluruh dunia. – WD MY