NEW YORK, 5 Jan – Turuti…. Kesemua Indeks saham seluruh dunia naik pada Rabu dirangsang oleh data ekonomi seluruh dunia yang memberangsangkan dan minit mesyuarat Rizab Persekutuan dalam mesyuarat Disember lalu menunjukkan ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan lebih pantas ekoran pelan rangsangan fiskal daripada pentadbiran Trump.

Dolar berundur daripada paras 14-tahun tertinggi berbanding mata wang lain mencecah paras terendahnya manakala hutang berdaulat perbendaharaan AS bergerak perlahan dalam dagangan turun naik sebaik selepas minit mesyuarat Fed itu dikeluarkan.

Minit mesyuarat itu secara asasnya menunjukkan Fed kini mula menyesuaikan haluannya sebagai maklum balas janji Donald Trump untuk melaksanakan pengurangan cukai perbelanjaan infrastruktur dan pembatalan kawal selia.

Indeks MSCI bagi dunia menjejaki 46 negara pula mencatatkan peningkatan 0.89 peratus bagi tiga minggu tinggi dan naik 0.85 peratus.

Indeks disokong data ekonomi memberangsangkan daripada rantau Eropah selain lonjakan saham AS.

Dow Jones naik 60.4 mata atau 0.3 peratus kepada 19,942.16, S&P 500 naik 12.92 mata atau 0.57 peratus kepada 2,270.75 dan Nasdaq Composite menambah 47.92 mata atau 0.88 peratus kepada 5,477.01.

Saham Eropah jatuh daripada paras setahun tertinggi dengan peruncit memfokuskan kepada pengurangan seterusnya daripada keuntungan dan berhati-hati dengan dagangan hadapan negara.

Indeks FTSEurofirst 300 ditutup dengan perubahan kecil kepada 1,443.80. – WD MY