MARSEILLE, 18 Sept -SIMBAH….. Lebih empat pelancong wanita warga Amerika Syarikat cedera selepas seorang wanita menyimbah asid di sebuah stesen kereta api.

Polis berkata, dua daripada wanita berusia awal 20-an itu kini dirawat di hospital akibat melecur di muka.

pelancong itu sedang dalam perjalanan dari bandar di selatan itu ke Paris.

Penyerang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di lokasi kejadian.

Polis berkata, serangan itu tiada kaitan dengan pengganas, sebaliknya percaya penyerang itu mengalami masalah gangguan mental. – WD MY