KUALA LUMPUR, 21 Dis – Sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini, hari ini.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Klip itu turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.

Ketika dihubungi hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan pergaduhan itu berlaku pada 4.55 petang tadi.

“Kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya.

Media dalam talian melaporkan berikutan kejadian itu, pihak pengurusan kompleks berkenaan menutup sementara premis itu hari ini. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY