PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA

PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA

85
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 14: MENINGGAL….Pelakon komedi terkenal tanah air, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, awal pagi, hari ini.

Menurut anak bongsunya, Yhuveneshwary berkata, mendiang ayahnya atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah mendiang Accapan pada pukul 3 petang ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Mendiang Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Accapan merupakan pelakon bukan Melayu yang sangat masyhur serta mendapat tempat di hati penggemar filem dan drama tempat.

Antara lakonannya yang terus melekat di fikiran masyarakat ialah dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu serta filem Mira Edora.-MY WD