SEOUL, 5 Dis – MELETUP…… ┬áKru pesawat yang melalui ruang udara Jepun menyaksikan pelancaran semula peluru berpandu Korea Utara ke atmosfera pada minggu lalu.

Kenyataan dibuat ketika Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan udara terbesar secara bersama.

Syarikat penerbangan Hong Kong, Cathay Pacific dalam satu kenyataan berkata, kru penerbangan CX893 melihat apa yang disyaki pelancaran semula peluru berpandu ketika dalam penerbangan dari San Francisco ke bandar di selatan China itu.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, Pengurus Besar Cathay, Mark Hoey dalam mesej berasingan kepada kakitangan berkata, kru memberitahu bagaimana peluru berpandu terbabit ‘meletup dan berkecai’.

Pyongyang mencetuskan ketegangan di Semenanjung Korea lima hari lalu apabila ia mengumumkan berjaya menguji peluru berpandu antara benua (ICBM) baharu, dikatakan membawa seluruh benua AS dalam sasaran.

Penganalisis berkata, tidak jelas jika peluru berpandu itu bertahan untuk pelancaran semula ke atmosfera bumi atau berupaya menghantar kepala peledak ke sasaran, halangan teknologi utama buat Pyongyang. – WD MY