VIENNA, 11 Jun – Haramkan……. Undang-undang baharu Austria dikuatkuasakan Jumaat yang akan mengharamkan pemakaian burqa di tempat awam bermula 1 Oktober ini.

Pengharaman burqa atau pemakaian lain yang menutup keseluruhan wajah sama seperti langkah diambil di beberapa negara lain dalam Kesatuan Eropah (EU), bermula dengan Perancis pada 2011.

Di Austria, mereka yang melanggar undang-undang baharu itu akan didenda sehingga 150 euro (RM716), menurut peraturan yang diluluskan Parlimen Mei lalu dan ditandatangani menjadi undang-undang oleh presiden minggu ini.

Langkah lain termasuk melarang pengedaran bahan tindakan melampau dan pendatang diwajibkan menandatangani kontrak integrasi.

Program integrasi 12 bulan itu termasuk kursus ‘nilai’ dan bahasa Jerman.

Kegagalan menghadiri program itu boleh menyebabkan potongan bayaran keselamatan sosial.

Peraturan itu dibentuk kerajaan susulan sokongan kuat bagi parti berhaluan kanan dan ketibaan 90,000 pemohon suaka sejak 2015. – WD MY