SEREMBAN, 18 Ogos – Padah Keluar Kata Kesat..Padah mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah kepada anggota polis, seorang pemandu lori dihadapkan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

G. Kartick, 25 tahun dituduh melakukan perbuatan itu ketika dalam keadaan mabuk dalam Op Cantas di Nilai, Ahad lalu.

Tertuduh mengaku bersalah dan dikenakan denda RM400 atau penjara sepuluh hari jika gagal membayar denda.

Kes disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967 (344) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 94 akta yang sama. – WD MY

LEAVE A REPLY