MUAR, 2 Jun – Parah….. Pemandu parah manakala lapan penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki merempuh treler di Kilometer 144 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, bas ekspres yang membawa 24 penumpang itu dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah treler yang membawa muatan jentera berat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Ishak Kassim, berkata seramai 22 anggota dengan dua jentera dan dua kenderaan bantuan kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba Muar dan Bukit Gambir dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan pemandu bas yang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi.

Ishak berkata, pemandu dan lapan penumpang yang cedera di hantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). – WD MY