NEW YORK, 9 Jan – Bandaraya New York akan melantik pemantau bebas untuk menilai siasatan polis antikeganasan sebagai sebahagian pembaharuan bertujuan melindungi penduduk Islam daripada diskriminasi dan diawasi secara rahsia.

Bagi Aktivis sivil menyambut baik perubahan itu, yang menyelesaikan dua saman, berkata langkah pasukan polis terbesar negara itu memberi mesej berkesan pada masa sentimen anti-Islam semakin meningkat.

Saman menuduh polis New York mendiskriminasi masyarat berdasarkan agama, dan aktiviti politik dan agama yang sah menjadi subjek pemantauan polis tanpa kebenaran berikutan serangan pada 11 September 2001.

Syarat penyelesaian, yang dicapai selepas lebih setahun berunding, mesti diluluskan hakim persekutuan.

Menurut pesatuan Pembebasan Sivil Amerika, yang membantu memfailkan salah satu saman, menyambut baik langkah yang disifatkan sebagai titik peralihan. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY