KOTA BHARU, 3 Okt – Hentikan Sementara…..Jabatan Perhutanan Kelantan mengarahkan dua syarikat balak yang beroperasi di Hutan Simpan Balah berhampiran Pos Gob, Gua Musang menghentikan sementara operasi mulai hari ini.

Pengarah Perhutanan negeri, Zahari Ibrahim, berkata arahan itu berkuat kuasa hingga kemelut yang berlaku dengan Orang Asli diselesaikan.

Zahari berkata, perkara itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan mesyuarat dengan kerajaan negeri hari ini.

Katanya, kerja pembalakan di dua lokasi di Hutan Simpan Balah itu akan diteruskan sebalik masalah yang berlaku diselesaikan secara baik.

Pemberhentian operasi membalak di dua kawasan berkenaan membabitkan keluasan masing-masing 239 hektar dan 404 hektar.

“Keputusan ini diambil kerana kita mengambil kira aspek keharmonian dan tidak mahu masalah itu berlarutan.

“Kita akan memikirkan cara untuk mengeluarkan hasil balak supaya tidak mengalami kerugian besar,” katanya di sini, hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY