KUALA LUMPUR, MEI 2: BERKEMPEN…Pembangkang berkempen dengan menabur fitnah dan berita palsu  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam catatan twitter beliau semalam, Perdana Menteri memuat naik satu contoh catatan pengguna di laman sosial yang mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan etika berpakaian baharu ketika mengundi pada 9 Mei ini.

“Jadi dalam kes ini, siapa yang bohong? Tak pasti jangan kongsi. Pembangkang berkempen dengan fitnah dan berita palsu untuk meraih undi! #TsunamiPHitnah,” katanya.

Semalam, SPR turut menafikan mesej tular di laman sosial mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada PRU14.-MY WD