SHAH ALAM, 8 Jan – JANJI…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang lebih gemar menabur ‘janji-janji manis’.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

“Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarkan (oleh pembangkang), termasuk berhajat untuk ‘mengecat langit”.

“Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. Insya-Allah kita akan buktikan itu,” katanya.