KUALA LUMPUR, MAC 18 -PEMBANGKANG….Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas tindakan Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, kerana sengaja mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu peruntukannya sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai itu berkata Nurul Izzah tidak harus mempertikaikan peuntukannya kerana sebagai wakil rakyat, beliau sepatutnya berusaha mencari sendiri peruntukan seperti mana yang dilakukan wakil rakyat BN.

“Mereka (wakil rakyat BN) berusaha mencari sendiri peruntukan serta mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dalam usaha membantu rakyat,” katanya.

Bliau memberitahu, beliau tidakĀ  mendapat peruntukan kerajaan pusatĀ  malah peruntukan yang diperolehi adalah hasil daripada usahanya sendiri selain beliau mendapat kerjasama pelbagai pihak bagi membantu penduduk di Lembah Pantai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Jelajah Karnival Jualan Kilang Datuk Azman Yusoff berkata pihaknya mendapat kerjasama 25 kilang pengeluar barang untuk menawarkan harga lebih murah bagi penduduk Lembah Pantai.

“Pelbagai jenis barang asas termasuk beras, tepung, minyak masak dan bawang dijual dengan harga yang 30 peratus lebh murah daripada harga pasaran.

“Kami akan meneruskan karnival ini di kawasan Taman Sri Sentosa dalam masa terdekat bagi meringankan beban penduduk dari segi perbelanjaan harian,” katanya.-MY WD