KUALA LUMPUR, 4 Julai – Jawab Soalan…… Pembangkang perlu menjawab persoalan rakyat berhubung isu pembinaan terowong dasar laut dan lebuh raya di Pulau Pinang, kata anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

“Mereka adalah pihak berkuasa di negeri itu. Jadi jangan timbulkan cerita-cerita yang tidak perlu. Jika anda bersalah, mengaku saja.

“Kami, Barisan Nasional (BN) sentiasa berlaku benar demi kebaikan rakyat,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.

“ Saya minta pembangkang jangan buat cerita. Ada soalan, kami BN, jawab atas kepentingan bersama,” katanya.

Hamzah merujuk kepada kenyataan pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa Pulau Pinang telah membayar yuran konsultasi empat kali lebih besar daripada skala yang diwartakan dan ditetapkan oleh Lembaga Jurutera.

Abdul Rahman memberi masa seminggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberi penjelasan dan jika beliau (Lim) terus berdiam diri dalam isu itu, perkara itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis. – WD MY