TEMERLOH, MAC 13 – PEMBANGKANG….Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara. Malah kerjaan BN mampu mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP dilihat tidak mampu untuk melakukannya. Ini kerana didalam perlembagaan DAP tidak terdapat perakuan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Perlembagaan DAP secara zahirnya mahu menjadikan negara ini sama rata dan pemimpin mereka seringkali menyatakan Malaysia adalah negara secular…apa jaminan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Yang menerajui Pakatan Harapan pula adalah DAP, jadi kita kena lihat asal usul perjuangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini semalam.- MY WD