POKOK SENA, APRIL 22:PEMBANGKANG….Datuk Seri Najib Razak mengulangi peringatan bahawa pertembungan ideologi dalam pakatan pembangkang boleh menyebabkan menjejaskan urus tadbir negara terbantut
Perdana Menteri berkata, perkara terbabit dapat dilihat apabila pemimpin utama pakatan pembangkang dalam temubual dengan media Singapura mendedahkan terdapatnya pemimpin berfahaman sosialis dalam gabungan pembangkang.
“Belum apa-apa, sudah ada pertembungan ideologi. Apabila bertembung maka bertembung dasar sehingga menjadikan mereka tidak sehaluan dan tidak seia sekata terutama dalam urus tadbir negara.
“Kepincangan seperti itu dalam pakatan pembangkang bukanlah perkara kecil kerana pertembungan ideologi akan membawa kepada pertembungan dasar. Ia amatlah serius kerana menyebabkan rakyat kerugian dalam kerugian.
“Jika tidak dalam penderitaan, sudah tentu rakyat kerugian kerana manifesto mereka hanya tinggal dalam kertas dan tidak mungkin akan diterjemahkan sebagai realiti.
“Apabila pembangkang tidak sepakat, tidak seperti Barisan Nasional, maka kita perlu tanya diri kita, tepuk dada kita, …siapakah antara dua pihak, tiga pihak atau pun empat pihak yang boleh menjaminkan hari esok lebih baik dari semalam,” katanya.-MY WD