KOTA TINGGI, 18 Okt – Bandar Pembangunan Kemahiran…..Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini, bagi merasmikan Pembangunan Hab Kemahiran Johor, kampus induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

Turut mengiringi ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Dewan Besar KYPJ, di sini ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketiga-tiga pembangunan itu adalah sebahagian daripada komponen Bandar Akademik Johor.

Kampus induk KYPJ bernilai RM120 juta membabitkan kawasan seluas 40 hektar itu yang terletak di Jalan Kota Tinggi-Kulai, dekat sini, siap sepenuhnya akhir tahun lalu.

Hab Kemahiran Johor atau Skills Johor pula bakal dibina di kawasan seluas 40 hektar berdekatan kampus induk KYPJ, berupaya menampung sehingga 20,000 pelatih tempatan dan luar negara apabila siap dalam tempoh dua tahun.

Mengenai Projek PPA1M, ia pula membabitkan pembinaan 694 unit rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,394 dan 1,496 kaki persegi.

Projek berkenaan dimajukan oleh YPJ Builders Sdn Bhd, anak syarikat YPJ Holdings, yang dijangka siap awal 2018. – WD MY