KUALA LUMPUR, 30 Mei – HSR…. Kenyataan Perdana Menteri,  dari Parti yang hanya memenangi 12 kerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa kerajaan sudah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek HSR menimbulkan tanda tanya hari ini.

Dr Mahathir berkata, pelaksanaan projek yang bakal memendekkan perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit itu, tidak memberi manfaat dan keuntungan kepada Malaysia, selain membabitkan kos RM110 bilion.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata Kabinet tidak berbincang mengenai pembatalan itu.

” Setakat yang saya tahu, kami belum pernah berbincang mengenainya. Saya pasti akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet esok ( hari ini ) ,” katanya

Kerajaan dijangka perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada kerajaan Singapura jika meneruskan keputusan untuk membatalkan projek terbabit.-MY WD