KOTA BHARU, MAC 5: FITNAH…..UMNO mendedahkan terdapat beberapa media di dalam dan luar negara menyebar maklumat palsu yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14)

Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa, berkata mungkin maklumat berkenaan akan disebarkan menjelang hari pengundian supaya rakyat membenci kerajaan.

Oleh itu, beliau menasihatkan masyarakat jangan mudah terpedaya dengan laporan berita di dalam dan di luar negara.

“Pada masa sama, saya menasihatkan pemimpin UMNO supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan rakyat, selain boleh dimanipulasikan pihak pembangkang.

“Pembangkang kini memerhatikan gerak geri kita dan setiap kenyataan dikeluarkan, rakyat tidak dapat membezakan sama ada ia pendapat peribadi atau parti.

“Jadi, kita perlu berusaha meminimumkan kesilapan atau tertembak kaki sendiri, sebaliknya bekerja keras membetulkan segala berita palsu,” katanya pada sidang media di Majlis Penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), di Kompleks YKK, di sini, semalam. – MY WD