KUALA LUMPUR, FEB 26 – TIADA…Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Isham Jalil berkata tiada lagi kuil akan dirobohkan jika Barisan Nasional (BN) menawan kembali Selangor pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Isham berkata kerajaan BN kini menentang perobohan kuil secara salah.

“Toleransi agama dan saling menghormati di kalangan masyarakat etnik di negara ini adalah paling utama. Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri pada 2009, banyak penekanan diberikan tentang pentingnya kesefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat berbilang kaum,” kata beliau.

Beliau berkata sejumlah besar daripada RM50 juta telah diperuntukkan bagi menaik taraf dan penyelenggaraan kuil di negara ini untuk masyarakat India.

“Bagaimanapuin, saya sedih mendengar mengenai keadaan sebaliknya di Selangor sejak Pakatan mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 apabila dua puluh kuil telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan negeri”. – MY WD