Pemilik Kuzie Catering Meninggal Dunia

0
461

SHAH ALAM,, 12 Ogos – Meninggal……  Datuk Raja Roslay Raja Mazlan atau Pak Engku selaku Pemilik Kuzie Kateringmeninggal dunia ketika dirawat di Darul Ehsan Medical Centre, malam tadi, akibat kencing manis dan masalah buah pinggang.

Pak Engku, 58, menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.10 malam tadi selepas tidak sedarkan diri sejak malam semalam.

Anak bongsu Allahyarham, Raja Muhammad Harith Irfan, 17, berkata, bapanya dimasukkan ke DEMC pada jam 10 pagi semalam dan dibedah jam 11 malam semalam.

“Pagi semalam saya dengar ibu dan bapa berbincang untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital kerana keadaan bapa yang semakin kritikal.

“Selepas pembedahan semalam, bapa tidak sedarkan diri hinggalah beliau meninggal dunia,” katanya ditemui di rumahnya di Seksyen 8, di sini, tadi.

Pak Engku mengalami masalah kesihatan sejak sebulan lalu dan pernah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Klang.

“Selepas keluar hospital berkenaan, bapa sudah tidak terlalu aktif dan urusan perniagaan diserahkan kepada abang,” katanya.

Pak Engku meninggalkan seorang isteri, Datin Ramziah Samah, 47, serta tiga anak berusia antara 17 hingga 22 tahun.

Allahyarham akan dikebumikan pagi esok di Makam Diraja Selangor. – WD MY