KUALA TERENGGANU, 29 Feb – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal
Abidin dan Sultanah Nur Zahirah berangkat menghadiri majlis resepsi perkahwinan
anak perempuan menteri besar di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam malam tadi.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul
Rahman dan isteri Toh Puan Seri Halina Zakaria.

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah turut menepung tawar pasangan
pengantin Nur Aziati Ahmad Razif dan Jamal Rafaie Jakiran, yang memakai busana
berwarna kelabu.

Hadir sama pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 1,000 orang termasuk menteri kabinet, menteri besar, anggota exco kerajaan negeri dan dif kehormat lain. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY