KOSOVSKA MITROVICA, 16 Jan – TEMBAK….. Pemimpin politik Kosovo Serbia, Oliver Ivanovic, maut hari ini, dalam insiden tembak curi ketika beliau tiba di pejabat partinya.

Peguamnya, Nebojsa Vlajic, memberitahu AFP, Ivanovic dikatakan maut di tempat kejadian dan usaha menyelamatkannya di Hospital Mitrovica, gagal.

Ivanovic, 64, disifatkan ahli politik berfahaman sederhana di bandar raya Mitrovica, yang didiami pelbagai etnik. – WD MY