KUALA LUMPUR, 7 April – Tempahan….. Samsung Malaysia Electronics mengumumkan promosi pra tempahan tiga hari telefon pintar terbaharu, Galaxy S8 dan S8+.

Seawal 10 pagi 11 April ini, laman pra tempahan Samsung Malaysia akan dimulakan dan pelanggan boleh membuat tempahan bagi menjadi antara pemilik pertama telefon pintar baharu berkenaan dan menikmati aksesori tambahan.

Pelanggan pra tempahan akan menerima Kit Permulaan Edisi Terhad yang mengandungi pelindung skrin, penutup, kaki pengecas tanpa wayar dan kabel USB jenis-C bagi tetapan mudah alih.

Menambah kepada ganjaran itu, Samsung juga memberikan pek bateri 5,100mAh bagi keselesaan tambahan.

Semua pra tempahan Galaxy S8 dan S8+ juga didatangkan dengan Samsung Protection Plus, melindungi kerosakan mekanikal dan elektrik selain kerosakan kemalangan bagi membantu pengguna menghadapi situasi di luar dugaan.

Semua pakej bernilai RM900 ini adalah ganjaran apabila pengguna membeli Galaxy S8 atau S8+ melalui pra tempahan khas pada harga runcit dicadangkan, RM3,299 dan RM3,699. – WD MY