KUALA LUMPUR, 23 Jun – Desakan…… Pemuda Umno Malaysia hari ini mendesak segala bantuan kewangan dan harta tetap yang disalurkan oleh kerajaan dihentikan serta merta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun berkata, Yayasan yang diterajui oleh Tun Mahathir Mohamed perlulah dihentikan segala bentuk dana kerajaan kerana beliau secara langsung menentang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

” Pemuda memandang serius akan tindakan Tun Mahathir kerana memperalatkan Yayasan sebagai salah satu platform untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri sendiri,” kata Azwan yang ditemui pada sidang media di sini hari ini.

Pemuda akan menghantar memorandum Desakan kepada Perdana Menteri pada hari ini kerana ia adalah penting. – WD MY

LEAVE A REPLY