BANDAR GAZA, 4 Okt – PELUANG…. Abdel Fattah al-Sisi berkata, penyatuan Palestin boleh menjadi satu ‘peluang’ bagi perdamaian serantau lebih meluas, sementara Hamas mengalu-alukan bantuan negara berkenaan.

Presiden Mesir dalam satu ucapan berkata, seluruh dunia sedang menunggu usaha Fatah dan Hamas untuk bersatu serta menghargai kesungguhan mereka mengharungi semua halangan.

“Ada peluang untuk merealisasikan perdamaian di rantau, dengan syarat semua pihak bersatu,” kata Al-Sisi merujuk dua pergerakan utama Palestin hari ini.

Video itu dimainkan ketika perisikan Mesir diketuai Khaled Fawzy bertemu pemimpin Hamas dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Semenanjung Gaza.

Kaherah menjadi penyokong utama cubaan menyatukan dua pihak Palestin dan Al-Sisi berkata, kuasa global akan menyokong rundingan.

“Saya yakin kuasa besar dunia, apabila mereka melihat parti Palestin sedar mengenai fasa ini dan kepentingan dialog bagi mencapai matlamat perdamaian, akan membantu merealisasikannya,” tambahnya.

Hamas memerintah Gaza sejak pertempuran menggulingkan PA pada 2007 namun bulan lalu bersetuju selepas campur tangan Mesir.

Israel, bagaimanapun berkata, ia akan menolak sebarang perjanjian antara dua pihak di mana Hamas dibenarkan menyimpan senjata.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya berkata hari ini, mereka bersedia ‘membayar sebarang harga’ untuk penyatuan itu sambil memuji peranan dimainkan Mesir. – WD MY