DUBLIN, 22 NOV – TEMUI…. Sejumlah 16 orang ditemui masih hidup dan dalam keadaan sihat dalam lori treler tertutup di atas sebuah feri penumpang yang dalam pelayaran dari Perancis ke Ireland, menurut pengendali feri Sweden, Stena Lina.

Kumpulan itu ditemui dalam pemeriksaan rutin di atas feri dari pelabuhan Cherbourg, Perancis ke Rosslare, Ireland, menurut jurucakap Stena Lina.

Kapal itu dijangka tiba di Ireland pada jam 3.30 petang waktu tempatan dan pihak berkuasa sudah dimaklumkan tanpa memberi butiran lanjut.

Bulan lalu, 39 mayat semuanya dipercayai pendatang Vietnam ditemui dalam sebuah trak sejuk berhampiran London. Dua orang sudah didakwa di Britain dan lapan di Vietnam berhubung kematian itu.

Kelmarin, pihak berkuasa Belanda menemui 25 pendatang menumpang secara haram dalam feri kargo untuk perjalanan ke Britain, tidak lama selepas ia berlayar dari negara itu. – WD MY