BAGAN DATUK, 27 Jan – SARAPAN….. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memulakan program bersama masyarakat Hutan Melintang dekat sini hari ini dengan bersarapan di Restoran Berkat Sentiasa, Jalan Feri di sini.

Ahmad Zahid tiba di restoran berkenaan kira-kira jam 9.45 pagi yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin dengan disambut pemilik restoran berkenaan, Husin Abdullah, 66.

Turut menyambut ketibaan beliau ratusan penduduk setempat yang sudah menunggu seawal jam 8 pagi lagi.

Ahmad Zahid meluangkan masa selama kira-kira 30 minit sebelum bergerak ke sambutan Fiesta Ponggal Bagan Datuk yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang.

Makanan istimewa yang menjadi pilihan pelanggan di restorannya iaitu nasi lemak, kari kambing, roti sardin dan teh tarik ‘kaw’ yang turut menjadi kegemaran Ahmad Zahid. – WD MY