PEKAN,JULAI 8:TABUNG…Penduduk Kampung Ubai  hari ini melancarkan tabung ‘Bebas Najib’ bagi menampung dana sebanyak RM500,000 untuk membayar baki wang ikat jamin yang dikenakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wakil pendududuk, Husin A. Bidin berkata, pelancaran tabung tersebut adalah inisiatif penduduk di kampung berkenaan.

“Pelancaran tabung ini atas dasar simpati penduduk dan atas dasar kemesraan antara penduduk dan Najib selaku Ahli Parlimen Pekan.

“Tiada sasaran berapa jumlah derma yang hendak dikutip kerana kita meminta sumbangan ikhlas daripada orang ramai,” katanya ketika ditemui pemberita di Restoran Nasi Dagang Ubai di sini hari ini.-MY WD