QUITO, 11 OKT -BANTAH… Lima penduduk awam termasuk seorang pemimpin orang asli terbunuh dalam tunjuk perasaan, selama seminggu, membantah keputusan kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

Pejabat pemantau kerajaan negara itu berkata, mangsa pertama maut dilanggar kenderaan di Azuay, selatan negara terbabit, Ahad lalu.

Selain itu, empat mangsa lain maut, ketika pertempuran di ibu negara, Quito, katanya.

Sejak dua hari lalu, pertempuran antara penunjuk perasaan kebanyakannya orang asli dan pasukan keselamatan menjejaskan tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak di Quito. – WD MY