WELLINGTON, 17 MAC – HANTAR…. Pengganas kulit putih yang membunuh 49 jemaah dalam serangan paling dahsyat di sejarah New Zealand, dilaporkan menghantar emel kepada Perdana Menteri, Jacinda Ardern, dan beberapa ahli politik lain sejurus sebelum dia memasuki masjid dan memulakan tembakan.

Emel berkenaan dilaporkan mengandungi di dalam ‘manifesto’ setebal 87 muka surat ditulis Brenton Tarrant, yang menamakan masjid dalam serangan dan berkata ia memilik premis berkenaan tiga bulan lalu.

Pejabat Ardern berkata, suspek menghantar dokumen itu dalam banyak emel yang dihantar termasuk ke alamat emel Perdana Menteri, tokoh pembangkang, Speaker Parlimen dan kira-kira 70 media.

Ia dihantar ‘beberapa minit’ sebelum serangan dilancarkan.

Jurucakap berkata, emel itu tidak menggambarkan kejadian secara khusus dan ‘tiada dalam kandungan atau masa yang boleh menghalang serangan’.

Kakitangan pejabat yang memantau akaun emel menghantar ia kepada perkhidmatan Parlimen sebaik melihatnya, yang kemudian menyerahkan ia kepada polis. —WD MY