KUALA LUMPUR, 5 JULAI – LANCAR…. Amal, anak syarikat milik penuh Malaysia Aviation Group (MAG), semalam membuat penerbangan haji pertamanya dari Kuala Lumpur ke Madinah, Arab Saudi, membawa 483 jemaah.

Menggunakan pesawat jenis Airbus A380-800, MH8100 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8.30 pagi dan dijangka tiba di Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport jam 12.00 tengah hari hari yang sama, katanya dalam satu kenyataan.

Melalui kerjasama dengan Malaysia Airlines, Amal menawarkan perkhidmatan sewa dan berjadual ke Jeddah dan Madinah dari Kuala Lumpur dengan pesawat Airbus A380 dan A330. – WD MY