PENETAPAN HARGA PETROL SEBULAN SEKALI

PENETAPAN HARGA PETROL SEBULAN SEKALI

452
0

KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 1: PETROL…Adalah harga RON97 yang sebelum ini ditetapkan sekali seminggu kini ditetapkan sekali sebulan?

Itu persoalan yang timbul berikutan hebahan terbaharu harga RON97 melalui Facebook  rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNKK-Laman Rasmi menetapkan harga RON 97 dari 1 September sehingga 30 September 2018.

Harga baharu RON97 bernilai RM2.65 seliter iaitu turun 4 sen berbanding harga terakhir hari ini iaitu RM2.69 sen.

Sementara itu harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter.-MY WD