PARIS, 14 Nov – Kejadian serangan dan letupan yang mengakibatkan kematian 153 orang di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia, didakwa dikaitkan dengan tindakan ketenteraan Perancis ke atas Syria.

“Seorang daripada penyerang Paris menyatakan ia berkait dengan tindakan ketenteraan Perancis ke atas Syria,” kata seorang saksi dipetik dari Agensi.

Sementara itu, laman sosial Faceboo melancarkan satu ciri yang membolehkan pengguna tahu rakan mereka di Paris selamat selepas kejadian tembakan dan pengeboman pada Jumaat yang menyebabkan 153 terbunuh setakat ini.

Ciri semak status keselamatan itu membolehkan pengguna memberi isyarat sama ada mereka bebas daripada ancaman dan beritahu kenalan mereka menerusi laman sosial itu.

“Hubungi segera rakan di kawasan itu,” kata mesej di halaman Facebook Safety Check.

Ciri itu juga membolehkan pengguna periksa rakan mana yang berada di Paris tetapi belum sahkan selamat. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY