KUALA LUMPUR, 2 Dis –  Standard……Pengganti Khairy Jamaluddin yang bakal menerajui Pemuda UMNO, perlu mempunyai kesiapsiagaan tinggi dalam mendepani cabaran mempertahankan parti dan presiden daripada pelbagai serangan politik.
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata kepimpinan baharu juga perlu meneruskan kesinambungan dan kelangsungan yang ditinggalkan Khairy.
“Standard pelaksanaan sudah tersedia, mungkin pendekatan sahaja berbeza… pemimpin baharu selepas KJ (Khairy Jamaluddin) mungkin boleh buat lebih baik,” katanya kepada media.
Ditanya mengenai masa depan Pemuda UMNO pasca Khairy Jamaluddin, Khairul
Azwan menegaskan apa yang lebih penting adalah sayap UMNO itu terus berjuang
demi rakyat. – WD MY