KUALA LUMPUR, 20 Jun – KELAS…… Pengarah filem dan TV terkenal Hollywood Bobby Roth akan berada di ibu negara menganjurkan kelas filem selama lima dari dari 28 Jun hingga 2 Julai.

Kursus yang bertajuk A Director Prepares: Bobby Roth’s 5-Day Film Making Masterclass, dianjurkan Yayasan EDUAAssist dengan kerjasama Asia Metropolitan University.

“Ini adalah kesempatan sekali seumur hidup bagi pembikin filem dan golongan profesional filem di Malaysia, yang tidak boleh dilepaskan. Peserta berpeluang mempelajari pembuatan filem dari permulaan dan memperoleh pengetahuan bagaimana program tv dan filem bertaraf dunia dihasilkan,” kata penganjur.

Peserta yang mengikuti masterclass itu akan dianugerahkan Diploma Perindustrian Dalam  Pengarahan Filem yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

Pembuat filem yang banyak memenangi anugerah itu telah mengarahkan beberapa siri tv dan filem yang mendapat carta tertinggi sepanjang 30 tahun kariernya di Hollywood.

Siri televisyen yang dihasilkan Roth termasuk Miami Vice, Beverly Hills 90210, Hawaii 5-0, Prison Break dan Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D. Filem arahannya telah memenangi banyak anugerah dan dipamerkan di lebih 100 festival filem antarabangsa.

Beliau juga mengajar seminar di seluruh dunia dan merupakan penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Miami Web Fest 2017. – WD MY