KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengasingan Sisa Pepejal…… Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mula menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal bermula hari ini.

Ia bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif pengasingan pepejal di punca dilaksanakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, inisiatif kerajaan untuk melaksanakan pengasingan pepejal di punca adalah sangat relevan bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran 22% kadar kitar semula pada tahun 2020 berbanding 17.5% pada tahun 2015.

Kadar kompaun juga akan dikenakan terhadap pemilik kediaman bertanah dan kediaman bertingkat yang tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca.

Penguatkuasaan ini turut dijalankan secara serentak di semua negeri-negeri yang menerima pakai akta 672.

Ianya melibatkan pemeriksaan kepada 79 buah taman dan hampir 10,724 unit premis bagi memastikan pengasingan diamalkan oleh penduduk setempat.

Terdahulu, Abdul Rahman merasmikan program pengasingan sisa pepejal di projek perumahan rakyat, PPR, Kampung Sungai Limau. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY