KUALA LUMPUR, 4 Sept – Maut Di tempat Kejadian…. Pengawal keselamatan maut, selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah teksi limosin di Lebuh raya Maju Expressway (MEX) menghala Putrajaya di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 5.55 pagi itu berpunca daripada penunggang motosikal yang dikatakan menunggang melawan arus.

Sebuah teksi limosin yang datang dari arah pusat bandar kemudian gagal mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud, berkata akibat pertembungan itu, mangsa, Mohamad Syazwan Darul Hisham, 19, maut di tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa didapati menunggang melawan arus dan bertembung dengan teksi limosin dipandu lelaki berusia 54 tahun.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY