ANKARA, 14 Ogos – Mati….. Pegawai polis ditikam sehingga mati berdekatan balai polis di Istanbul, dipercayai oleh anggota militan Daesh.

Agensi berita prokerajaan, Anadolu, melaporkan suspek yang sebelum itu dipercayai membuat persiapan melakukan pengeboman nekad ditembak mati selepas menikam anggota polis terbabit dalam kejadian jam 11 malam waktu tempatan itu.

Agensi berita tempatan pula melaporkan, ketika kejadian suspek sudah ditahan pihak berkuasa dan dipindahkan ke balai polis.

“Pegawai polis berkenaan meninggal dunia susulan kecederaan parah dialami ketika berada dalam ambulans,” lapor agensi berita tempatan.

Siasatan masih dijalankan untuk memastikan bagaimana suspek menyimpan sebilah pisau ketika berada dalam tahanan.

Turki dikejutkan dengan serangan berdarah, dipercayai dilakukan oleh Daesh tahun lalu yang meragut ratusan nyawa, serangan terburuk dalam sejarah negara itu.

Awal tahun ini, Turki sekali lagi dikejutkan dengan serangan seorang lelaki bersenjata di sebuah kelab malam di Istanbul, 75 minit selepas sambutan tahun baharu yang meragut 39 nyawa. – WD MY