LONDON, 23 Mei – Maut….. Lebih 19 orang dilaporkan maut dan 50 lagi cedera di lokasi konsert di Manchester Arena dan polis menyiasat insiden itu sebagai serangan pengganas.

“Pegawai kanan pasukan antipengganas kebangsaan sudah berkumpul di London.

“Anggaran awal menunjukkan bilangan kematian di Manchester Arena adalah sekali ganda daripada ramalan awal,” kata agensi media tempatan menerusi Twitter.

Laporan media yang memetik seorang saksi berkata, kira-kira 20 hingga 30 penonton dilaporkan terbaring di lokasi konsert yang dilaporkan mengorbankan beberapa mangsa selepas berlakunya letupan bom.

Letupan berlaku di Manchester Arena ketika penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande mengadakan persembahan.

Penyanyi itu dilaporkan selamat. – WD MY