KUALA LUMPUR, 31 Jan –  Tawar Diskaun……. Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) menawarkan diskaun 10 peratus kepada pengguna Lebuhraya Maju (MEX) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan esok.
MESB dalam kenyataannya hari ini berkata diskaun yang membabitkan semua
jenis kenderaan itu, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 11.59 malam esok.
“Lebih daripada 110,000 kenderaan akan menikmati potongan harga ini,” tambah
kenyataan itu.
Maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun itu boleh diperoleh menerusi laman
Twitter dan Facebook, MEXTraffic. – WD MY