KUALA LUMPUR, 16 April – Petronas melantik Md Arif Mahmood
sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perniagaan
Hiliran, menggantikan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkuat kuasa hari ini.

Manakala Wan Zulkiflee dilantik sebagai Presiden & CEO Kumpulan syarikat minyak
negara itu pada 1 April, 2015.

Petronas berkata Md Arif sebelum ini berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Strategi Korporat & Risiko.
Beliau menyertai Petronas pada 1984 sebagi jurutera pelatih dan memegang
pelbagai jawatan pengurusan kanan di Petronas, termasuk di Engen Petroleum, Unit
Perancangan Korporat, Petronas Gas, Petronas Dagangan, dan Asean Bintulu Fertilizer.

Beliau juga berkhidmat sebagai Naib Presiden Perniagaan Minyak.
Sementara itu, Adif Zulkifli dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Strategi
Korporat & Risiko menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Adif sebelum ini bertugas sebagai Naib Presiden Malaysia Petroleum
Management sejak Mac 2014.

Beliau menyertai Petronas pada 1993 sebagai jurutera empangan, dan memegang
pelbagai jawatan pengurusan termasuk Perancangan Strategik Kumpulan dan Jabatan
Ekonomi Petroleum selain Strategi & Penerokaan Baharu, Perniagaan Huluan.

Petronas turut melantik Muhammad Zamri Jusoh sebagai Naib Presiden Malaysia
Petroleum Management.

Sebelum pelantikan ini, Muhammad Zamri mengetuai Bahagian Strategi &
Penerokaan Baharu bagi Strategi & Risiko Huluan.

Beliau menyertai Petronas pada 1991 sebagai ahli teknologi pengeluaran.

Muhammad Zambri memegang pelbagai jawatan peringkat pengurusan dalam
perniagaan huluan, termasuk sebagai ketua pembangunan sumber petroleum,
Malaysia Petroleum Management.

Petronas juga melantik Zakaria Kasah, Naib Presiden & CEO Malaysia LNG
sebagai Naib Presiden, Teknologi & Kejuruteraan, berkuat kuasa 1 Mei, 2015.

Dzafri Sham Ahmad, Pengurus Besar Kanan Malaysia LNG akan mengisi kekosongan
yang ditinggalkan Zakaria, pada tarikh yang sama, kata Petronas.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY