KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kementerian Kewangan menggesa peniaga
dan pengusaha produk tempatan mengambil langkah kreatif untuk menyerap kos Cukai
Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan mulai bulan depan.

Menurut Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Maslan berkata antara langkah kreatif yang
boleh dilaksanakan ialah memberi rebat dan diskaun kepada pengguna.

?Langkah tersebut bukan sahaja dapat meringankan beban pengguna, malah
peniaga dapat menjana keuntungan jangka panjang sekiranya dilaksanakan pada
landasan yang tepat, katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan
Pendidikan Keusahawanan dan Inovasi Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata sebuah syarikat telekomunikasi
tempatan telah menyerap kos CBP daripada harga kad prabayar dan mungkin akan
menjualnya pada harga lebih murah berbanding harga pasaran.

Katanya sebuah syarikat makanan menjual pizza turut dilaporkan akan
menurunkan harga hampir kesemua produk makanannya selepas pelaksanaan CBP.

“Sekiranya ia (syarikat tersebut) berada dalam persaingan oligopoli,
syarikat lain (yang menjual produk sama) kena ikut. Jika tidak, syarikat lain
ini akan mengalami kerugian,” katanya.-Rizalman Has (WD MY)

LEAVE A REPLY