ALOR SETAR, 13 Nov – Bayaran Khas…. Kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM3.045 juta untuk bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam negeri di Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata bayaran khas itu akan dibuat akhir tahun ini seiring pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui Bajet 2017 baru-baru ini, bagi menghargai iltizam dan kesungguhan penjawat awam.

“Bayaran khas RM500 ini akan membabitkan 6,090 kakitangan tetap dan juga kontrak kerajaan negeri.

“Selain itu, insentif lain berasaskan kecekapan, prestasi dan upaya pengutipan hasil jabatan sedang dirangka dan akan ditentukan mekanismenya secara dalaman sebagai rangsangan kepada kakitangan sedia ada,” katanya. – WD MY