KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Hilang…… Anak lelaki kepada bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Ahmad Shazali, 29, Penolong Pengurus Bahagian Promosi Perkhidmatan MATRADE, dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar bekerja di pejabatnya di Jalan Duta di sini, jam 7 pagi Sabtu lalu.

Bapanya, Datuk Zakaria Kamarudin, berkata anaknya itu keluar bekerja dengan memandu Proton Gen2 jingga bernombor pendaftaran BJF 2455 dan sepatutnya pulang ke rumah di Scott Garden, Jalan Klang Lama, di sini, selepas selesai bekerja.

“Saya memohon bantuan semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai anak saya untuk memaklumkan kepada polis bagi membolehkan anak saya ditemui,” katanya ketika dihubungi, pagi ini.

Zakaria membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Subang Jaya, semalam.

Hari ini, beliau dijangka pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kes berkenaan. – WD MY

LEAVE A REPLY