SYDNEY, 22 Jan – CEDERA….. 15 orang cedera hari ini apabila sebuah kereta api merempuh penghadang di barat laut Sydney, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

Stesen televisyen menyiarkan gambar kereta api melanggar penghadang di penghujung landasan dekat Richmond, kira-kira 65 kilometer di barat laut tengah Sydney.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa dengan pengusung ke ambulans yang sedang menunggu.

“Mangsa mengalami pelbagai jenis kecederaan. Ada hanya cedera ringan dan masih mampu berjalan dan ada yang memerlukan rawatan hospital,” kata jurucakap ambulans negeri New South Wales, Chris Bray.

Katanya, lima mangsa memerlukan rawatan hospital dan 10 yang lain hanya cedera ringan, namun jumlah mangsa cedera mungkin akan meningkat.

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan) dengan 10 kru ambulans digerakkan ke lokasi kejadian, kata Bray. – WD MY