SINGAPURA, MAC 2 – PENURUNAN..Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan pantas dengan menurunkan kadar levi dan tol di Linkedua bakal memberi kesan ekonomi yang sangat baik kepada kedua-dua Malaysia dan juga Singapura.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keputusan tersebut dibuat kurang sebulan selepas Najib menghadiri Pemukiman Pemimpin antara kedua-dua negara pada 16 Jan lalu.

Ketika pemukiman itu, Najib dan rakan sejawatnnya Lee Hsien Loong telah mempertimbangkan untuk mengkaji semula tol di Laluan Kedua untuk menarik lebih ramai orang menggunakannya sebagai laluan bagi mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Malaysia telah mengumumkan pengurangan levi kenderaan komersial di Linkedua kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Feb, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 sebelum ini.

Selain itu, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan- MY WD