KUALA LUMPUR, FEB 24 – PENYELARASAN..Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mungkin menyelaraskan sistem pendidikan dalam usaha menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
Perdana Menteri berkata ia dapat dicapai jika kerajaan terus memperoleh mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
“Ini adalah satu daripada keutamaan saya dan selepas PRU, dengan mandat rakyat, kita perlu mengkaji perkara ini dengan teliti dan mungkin membuat perubahan,” kata beliau pada sesi ‘town hall’ dengan kakitangan Axiata dan Celcom di Axiata Arena di Bukit Jalil, semalam.

Perdana Menteri berkata langkah sedemikian akan memastikan generasi akan datang dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menghadapi IR4.0. – MY WD