DHAKA, 7 MAC – SIASAT….Satu pasukan pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berada di Bangladesh, hari ini, untuk siasatan awal dakwaan kekejaman tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya pada 2017.

“Kunjungan adalah sebahagian daripada pemeriksaan awal situasi di Bangladesh dan Myanmar,” menurut kenyataan ICC yang dikirim menerusi emel kepada AFP.

“Pemeriksaan awal bukan satu siasatan. Kunjungan sebegini dalam konteks pemeriksaan awal adalah amalan standard dan delegasi tidak akan mengambil bukti berkait mana-mana tuduhan jenayah,” katanya.

Seorang pegawai Bangladesh berkata, ICC akan melawat beberapa kem Rohingya di daerah tenggara negara itu, Cox’s Bazar yang menempatkan kira-kira 740,00 etnik Rohingya yang melarikan diri daripada operasi tentera kejam pada akhir 2017.

September lalu, pendakwa raya ICC membuka satu siasatan awal terhadap tuduhan jenayah Myanmar ke atas minoriti Muslim Rohingya termasuk pembunuhan, keganasan seks dan pemindahan secara paksa.

Pemeriksaan awal boleh membawa kepada siasatan rasmi oleh ICC, ia ditubuhkan pada 2002 untuk menyiasat jenayah perang dan jenayah kemanusiaan kemudian melakukan pendakwaan. – WD MY